RSS

Teori Perkembangan & Pembelajaran Kognitif

Teori Perkembangan & Pembelajaran Kognitif
Pengenalan
•Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek.
 
•Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
 
•Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), pengelasan, dan seriasi.
 
•1.1.1 Teori Behaviorist

-diperkenalkan oleh Ivan Pavlov & dikembangkan oleh Thorndike & Skinner

-teori ini dihasilkan drp ujian & pemerhatian ke atas haiwan spt anjing, tikus, kucing di makmal

Ujian dilakukan ke atas tingkah laku tikus di makmal

-pembelajaran adalah berkaitan dgn perubahan tingkahlaku

-teori ini juga menyatakan tingkah laku pelajar boleh diperhati, dikawal & diramal

 

•Behavior ialah tingkah laku iaitu gerak balas seseorang secara kelihatan terhadap rangsangan. Pendekatan ini menekankan pertalian antara rangsangan (R) dengan gerak balas (G). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terbentuk pertalian antara rangsangan dan gerak balas.
 
•Gerak balas yang dipelajari mungkin disebabkan tindak balas emosi seperti takut dan seronok. Gerak balas luar kawalan ini boleh dibiasakan atau dipelajari bagi membolehkan gerak balas ini berlaku secara automatik dalam situasi tertentu.
 
•Guru hendaklah menekankan penggunaan ganjaran dan peneguhan luaran serta pengawalan persekitaran pendidikan untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar. Daripada perspektif behaviorisme, tugas guru ialah membina persekitaran pembelajaran yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meneguhkan gerak balas dan tingkah laku yang diingini.
 
•Matlamat pendidikan memfokuskan pengaturan, penyusunan dan penyampaian maklumat kepada pelajar supaya pembelajaran mereka tercapai.
 
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
•Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar.
 
•’The children you teach are not ’blank slates’ that you can write on. They come to you with some knowledge, including both conceptions and misconceptions about the world’
 
•Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama/ pengetahuan yang sedia ada yang ada dalam mindanya.
 

Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme ialah seperti berikut:

•Pengetahuan dibina oleh pelajar.
•Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas.
•Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.
•Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan perselisihan faham.
•Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar.
 
•Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktrivism adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan  kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui  proses metakognitif .
 
Proses Konstruktivisme
 

Carta Alir Proses Konstruktivisme

 Teori Perkembangan Kognitif Bruner

Kajian Bruner menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman.Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu . Peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang biasa dilalui oleh kanak-kanak normal ialah peringkat enaktif , peringkat ikonik dan peringkat simbolik .

•1) Peringkat Enaktif  ( 0 – 2 tahun )
 Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat Deria Motor iaitu untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya . Banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri .
•2) Peringkat Ikonik ( 2 -  4 tahun )
 Dalam peringkat ini , kanak-kanak tidak terbatas kepada pergerakan anggota mereka sahaja , tetapi sudah boleh menggunakan otak untuk memikirkan sesuatu dan menggambarkan imej dalam fikiran mereka .
•3) Peringkat Simbolik ( 5 – 7 tahun )
 Dalam peringkat ini pula , kanak-kanak sudah boleh berfikir dengan menggunakan bahasa . Dengan meningkatnya umurnya , penggunaan konsep dan bahasa semakin berkembang .
 
 Bruner berpendapat bahawa ketiga-tiga peringkat perkembangan kognitif itu tidak terpisah  antara  satu sama lain , tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang itu .
 
Pembelajaran Matematik Kanak-Kanak di Peringkat:
1) Enaktif
•Bahan-bahan konkrit sebenar yang dapat dipegang, dialih ataupun disusun secara fizikal oleh pelajar, contoh lilin yang sebenar
•Bawa 3 batang lilin sebenar ke kelas untuk menunjukkan contoh  bilangan objek
 
2) Ikonik
•Perwakilan atau sebarang perlambangan yang digunakan bagi menggantikan bahan sebenar, contohnya carta atau kad gambar.
•Menunjukkan contoh gambar 3 biji bola, menggunakan flashcard bergambar
 
3) Simbolik
•Simbol yang abstrak, yang kurang membawa makna kepada pelajar apabila tidak dijelaskan, contoh simbol ‘3’ adalah satu simbol yang digunakan bagi mewakili suatu kuantiti tertentu. Guru perlu menerangkan makna simbol ‘3’ dalam bentuk kuantiti objek.
 
Teori Kognitif Jean Piaget
•Piaget berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.
 
Konsep Asas Teori Kognitif Piaget
-Skema
-Asimilasi
-Akomodasi
-Organisasi
 
Skema
•bentuk asas pengetahuan manusia dan merupakan  potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau bertindak dengan cara tertentu.
•Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat dilahirkan. Sejak dilahirkan bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya  gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang dan menggerakkan tangan serta kaki.
•Skema boleh wujud menerusi gerakan:
•  i) fizikal
•  ii) mental
 
Skima Fizikal
•Contoh – skema pegang merupakan struktur kognitif yang menjadikan semua tindakan berhubung dengan memegang dapat dilakukan. Skema yang ada pada bayi bertindak balas terhadap persekitarannya.
 
Skima Mental
•Kanak-kanak diperkenalkan dgn burung dan ciri-ciri burung

  Ciri-cirinya:

  i)

  ii)

  iii)

 
Asimilasi/penyerapan
•penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada.
•Penyerapan ialah proses di mana pengetahuan baru diserap oleh kanak-kanak dan disimpan sebagai skema baru atau diserapkan dalam skema yang sedia ada.
 
•Contoh – kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati dan diberitahu bahawa itu adalah ’burung’. Kemudian, apabila mereka terjumpa burung helang yang masih memenuhi ciri-ciri skema ’burung’, maklumat itu akan ditambah dalam skema yang sama.
 
Akomodasi
•suatu proses perubahan struktur kognitif.
•berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap perubahan ini sebagai proses pembelajaran.
•Contoh, kanak-kanak terjumpa ayam dan cuba menyerapkannya dalam skema ’burung’ tetapi mendapati ayam tidak boleh terbang.
•Skema ’burung’ terpaksa diubahsuai supaya mengambilkira ciri-ciri ayam.
 
Organisasi
•kecenderungan manusia menyusun konsep supaya ia menjadi lebih teratur, sistematik dan dapat digunakan semula.
•berlaku secara dalaman.
•Apabila skema baru sudah terbentuk, kanak-kanak akan mengaturkannya supaya terdapat hubungan antara skema yang baru dengan skema yang sedia ada. Skema yang sama akan disusun dalam fail yang sama manakala skema yang berlainan akan disusun dalam fail yang berasingan.
 
Peringkat & Urutan Perkembangan Kognitif
•setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan yang tersendiri.
•kanak-kanak dalam sesuatu darjah mempunyai peringkat kebolehan yang berbeza serta kecepatan perkembangan kognitif yang berlainan.
•Perkembangan kognitif berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat yang berikutnya kerana peringkat yang lebih awal menjadi asas kepada perkembangan yang berikutnya.
 
Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Peringkat perkembangan kognitif Piaget

Peringkat Sensorimotor
•Bayi menggunakan deria semasa meneroka persekitaran.
•Kanak-kanak akan memerhati dan bertindak balas dengan alam dan perkara di sekelilingnya.
•Mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara.
•Semasa umurnya lebih kurang 10 bulan seseorang kanak-kanak akan mula memahami bahawa setiap benda mempunyai sifat ’kekal’. Walaupun ia hilang daripada pandangannya, tetapi ia tidak ghaib begitu sahaja.
 
Peringkat Praoperasi
•Kanak-kanak telah mula menguasai bahasa. Penggunaan pemikiran simbolik, penaakulan kognitif dan penggunaan konsep akan bermula.
•Perkembangan kognitif pada peringkat ini:

  -Mula menggunakan simbol menunjukkan keupayaannya dalam bahasa yang mudah

  -Menamakan sesuatu benda mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan

  -Pemikiran lebih bergantung kepada persepsi daripada logik

  -Berfikiran animistik (benda yang tidak hidup dianggap sebagai hidup dan bernyawa)

  -Berfikiran egosentrik (berdasarkan sudut sendiri sahaja)

  -Sukar memahami konsep konservasi (pengekalan ciri-ciri objek)

Berfikiran animisme

•Selalu menganggap benda yang tidak bernyawa mempunyai kualiti benda hidup dan bernyawa. Contoh – memberi anak patungnya minum botol susunya. Dia menganggap anak patung tersebut seperti bayi yang hidup.
 
Egosentrik
•selalu menganggap semua orang bersependapat dengannya.
•tidak dapat menerima pandangan orang lain atau perspektif yang berbeza dengan dirinya.
•cirinya ialah mereka bercakap sendiri. Pada peringkat ini mereka sukar menerima idea atau pandangan orang lain. Pada mereka orang lain sentiasa mempunyai pemikiran dan idea yang sama dengan mereka.
•Contoh – Mereka suka makan coklat dan percaya semua orang suka makan coklat. Tiada orang yang tidak suka makan coklat.
 
Tidak boleh melakukan konserversi
•Konservasi ialah pengetahuan bahawa bilangan, ruang, isi padu dan berat  objek kekal walaupun berubah bentuk.
•Contoh – Kanak-kanak ditunjukkan 2 biji gelas yang mengandungi jumlah air yang sama banyak. Jika air dari sebiji gelas itu dituangkan ke dalam sebiji gelas yang lebar dan pendek, mereka berpendapat air dalam gelas yang lebar dan pendek itu adalah kurang daripada gelas yang tinggi.
 
Peringkat Operasi Konkrit
•telah dapat menguasai konsep pengekalan.
•dapat menguasai konsep  seperti 1,2,3,4 dan seterusnya.
•dapat menguasai konsep susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
•dapat memahami konservasi di mana bahan akan tetap sama dari segi berat, bilangan dan isi padu selagi tidak ditambah atau dikurangi apa-apa daripada bahan tersebut.
 
Peringkat Operasi Formal
•telah dapat membuat keputusan dan membuat hipotesis melalui pemerhatian.
•Mereka telah mula mencari jalan menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dengan cara yang lebih sistematik.
•Pada tahap ini mereka berupaya menggunakan serta memahami logik dan konsep abstrak
 
 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2011 in Notes

 

Protected: Uji Kecerdasan Logik Matematik Anda

This content is password protected. To view it please enter your password below:

 
Enter your password to view comments.

Posted by on May 31, 2011 in Assignment

 

Pengenalan Matematik

Pengenalan

Konsep Matematik
-Kebolehan untuk berfikir secara logik menyelesaikan masalah dan tanggapan untuk melihat perhubungan, melihat pola dan membuat ramalan
-Satu cara pemikiran mengenai alam pengkajian tentang corak dan hubungkait, alat mencari sebab musabab untuk menyelesaikan masalah dan jaringan konsep yg saling berkaitan

Tahukah anda perkataan Matematik berasal dari mana?
Matematik berasal dari perkataan Yunani iaitu “mathema” yang bermaksud ” Sains, ilmu dan pembelajaran” dan “mathematikos” bermaksud “suka belajar”.
berdasarkan kepada perkataan jamak Yunani τα μαθηματικά (ta mathēmatiká), yang telah digunakan oleh Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai “semua benda adalah matematik”.

Matematik Dalam Al-Quran
Keajaiban Angka

menunjukkan bahwa pemilihan kata dalam Quran oleh Allah dibuat “seimbang”,
misalnya fakta-fakta berikut:
Jumlah kata dihitung/dikira dari teks arabnya:
 –Jumlah Kata Yang Berlawanan –
               hidup (al-haya_h): 145
   mati (al-mawt) : 145

   perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167
   perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

            dunia (ad-dun-ya_) : 115
   akhirat (al-a_khirah): 115

– Jumlah Kata Yang Berhubungan –
 
   setan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n): 80
   malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

      hidayah (al-hida_yah): 79
   rahmat (ar-rahmat) : 79

   keselamatan (as-salaam) : 50
   kebaikan (ath-thayyibaat): 50

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu,
peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 %
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 %
JUMLAH = 100 peratus

Konsep Matematik Dalam Islam
Bilangan
-konsep Esa
-rakaat sembahyang
Ketepatan
-waktu sembahyang
-waktu berbuka
-timbangan (urusan jual beli)
Keseimbangan
-dosa dan pahala
-syurga dan neraka

Objektif Pembelajaran Matematik Peringkat Awal Kanak-Kanak
Menyebut dan menggunakan angka dan nombor secara teratur
Mengira objek di sekeliling
Mengenali nombor 1 hingga 9
Menggunakan istilah ‘lebih daripada’, ‘lebih besar’, ‘lebih kecil’, ‘kurang daripada’ dll
Menggunakan istilah tambah dan tolak serta memahami penggunaannya
Boleh mengaitkan tambahan kpd gabungan 2 kumpulan objek dan tolakan dgn mengambil drp kumpulan tersebut/ mengurangkan bilangan
Boleh mengenali dan membina pola mudah
Menggunakan istilah ‘bulatan’, ‘kecil’ untuk menerangkan bentuk dan saiz
Menjelaskan kedudukan
Menggunakan kaedah matematik untuk menyelesaikan masalah

 
Leave a comment

Posted by on May 24, 2011 in Notes

 

Nota Math 1

 
Leave a comment

Posted by on May 24, 2011 in Notes

 

Protected: Term paper 1

This content is password protected. To view it please enter your password below:

 
Enter your password to view comments.

Posted by on May 24, 2011 in Assignment

 

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.
 
1 Comment

Posted by on May 24, 2011 in 3. Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.